PENGUMUMAN GEMPUR 2

DATA GEMPUR 3 BOLEH DIMASUKKAN MULAI 15 JULAI 2013. TARIKH AKHIR PENGISIAN DATA PADA 25 JULAI 2013. DIMINTA KERJASAMA UNTUK MEMASUKKAN DATA TERSEBUT

Sunday, 24 March 2013

SELAMAT DATANG

20/02/2013                                                                                                   
Untuk Tindakan Segera

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah  Daerah Rembau.

Tuan,

MAKLUMAN BERKAITAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, hasil daripada lawatan ke beberapa buah sekolah di daerah Rembau didapati pihak sekolah tidak menitikberatkan berkaitan pengemaskinian fail-fail berkaitan PBS untuk tahun 2013 sedangkan sesi persekolahan telah hampir memasuki bulan Mac.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan akan mengambil tindakan segera untuk mengarahkan semua guru yang terlibat dengan PBS agar mengemaskini fail-fail yang berkaitan.

4.         Pihak Jemaah Nazir juga sedang melakukan pemantuan di seluruh negara pada masa sekarang khas untuk memantau PBS. Kami berharap jika pihak Jemaah Nazir yang akan memantau ke sekolah tuan nanti, tiada ulasan negatif diberikan berkaitan PBS.


Kerjasama dan keperihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‛BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



(HJ. ABDUL RAHIM BIN HJ. YASIN)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Rembau
Pejabat Pelajaran Daerah Rembau



17/04/2013                                                                                                      
Untuk Tindakan Segera

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah  Daerah Rembau.

Tuan,

PENDAFTARAN MURID  DALAM  SISTEM  PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH OLEH GURU MATA PELAJARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, hasil daripada pemantauan pihak PPD Rembau melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah didapati masih ramai guru mata pelajaran belum mendaftarkan murid-murid dalam sistem tersebut.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan akan mengambil tindakan segera untuk mengarahkan guru-guru mata pelajaran yang terlibat agar dapat mendaftarkan murid-murid mereka selewat-lewatnya sebelum atau pada     28 APRIL 2013.

Kerjasama dan keperihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‛BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



(HJ. ABDUL RAHIM BIN HJ. YASIN)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Rembau
Pejabat Pelajaran Daerah Rembau